Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

Labuan Catat Kadar Vaksinasi Covid-19 Tertinggi

05/03/2021by Admin SC0

Labuan Catat Kadar Vaksinasi Covid-19 Tertinggi

LABUAN – Kira-kira 76.45 peratus atau 1,789 daripada 2,340 anggota barisan hadapan di Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat ini dengan bakinya dijangka menerima vaksin tersebut secara berperingkat hingga April.Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Labuan Rithuan Ismail berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Labuan yang dilancarkan pada 27 Februari lalu menerima sambutan memberangsangkan daripada petugas barisan hadapan dan juga ketua-ketua jabatan kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Labuan Rithuan Ismail berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Labuan yang dilancarkan pada 27 Februari lalu menerima sambutan memberangsangkan daripada petugas barisan hadapan dan juga ketua-ketua jabatan kerajaan.

VACCINE
Gambar Hiasan

“Kami tidak menyangka dapat melaksanakan program vaksinasi ini dengan cepat serta menjadi wilayah yang merekodkan penerima vaksin paling ramai berdasarkan nisbah setiap 100,000 orang di negara ini,” katanya kepada Bernama pada Khamis.

Katanya, program itu dilaksanakan di tiga pusat pemberian vaksin iaitu Klinik Kesihatan Membedai, Hospital Labuan dan Rumah Sakit Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Labuan.

Beliau juga berkata, vaksinasi ke atas 450 petugas barisan hadapan di Hospital Labuan selesai pada Khamis.

Labuan menerima 4,680 dos vaksin Pfizer-BioNTech pada 26 Februari lalu untuk digunakan dalam fasa pertama program imunisasi tersebut di wilayah berkenaan. – Bernama

Admin SC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2021 Southern Crescent Sdn Bhd – All Rights Reserved.

Copyright 2021 Southern Crescent Sdn Bhd – All Rights Reserved.