Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

Vaksin COVID-19: Malaysia terima 182,520 dos tambahan esok

23/02/2021by suffi0

Vaksin COVID-19: Malaysia terima 182,520 dos tambahan esok

KHAIRY_JAMALUDDIN
Khairy melakukan simulasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Kementerian Kesihatan, hari ini. – FOTO BERNAMA

PUTRAJAYA: Malaysia akan menerima 182,520 dos tambahan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech, esok, untuk edaran ke negeri yang belum memperoleh bekalan, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksin berkenaan yang dikeluarkan di Belgium, dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, dari Singapura pada sebelah pagi.

“Vaksin itu akan dihantar ke negeri yang belum menerima bekalan,” katanya pada sidang media selepas melakukan simulasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, di sini, hari ini.

Khairy berkata, vaksin itu akan diedarkan ke Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak, esok, manakala Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan pula Khamis ini.

Kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech selamat tiba di Malaysia melalui pintu masuk negara di KLIA, Johor dan Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksanakan dalam tiga fasa yang bermula esok, dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk kumpulan petugas barisan hadapan membabitkan 500,000 orang.

Fasa 2 (April hingga Ogos) membabitkan 9.4 juta orang dalam kumpulan warga emas berumur 65 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kurang upaya (OKU).

Fasa 3 (Mei 2021 hingga Februari 2022) pula untuk penduduk di Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas – warganegara dan bukan warganegara – dengan sasaran lebih 13.7 juta orang.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bakal menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19, esok, yang menandakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bermula lebih awal daripada jadual asal pada Jumaat ini. – BERNAMA

suffi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2020 Southern Crescent Sdn Bhd – All Rights Reserved.

Copyright 2020 Southern Crescent Sdn Bhd – All Rights Reserved.