Takut jarum, sikap tunggu dan lihat punca rakyat Perak belum daftar terima vaksin

IPOH, 22 Mac — Takut jarum, sikap tunggu dan lihat selain kurang kesedaran berkaitan kepentingan vaksin dilihat antara punca rakyat negeri ini masih belum mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata sehingga kini, individu yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera berjumlah 406,380 orang tetapi dari segi peratusannya sangat rendah iaitu 21.1 peratus daripada jumlah penduduk negeri.
“Andaian kita, masih ramai lagi yang tidak mendaftar kerana ingin tunggu dan lihat. Kedua, kekangan perkhidmatan internet dihadapi masyarakat orang Asli dan perkara ini akan ditangani dan didaftarkan secara manual oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
“Ada juga yang saya rasa masih takut jarum. Jangan takut kerana jarum (suntikan) pergi umrah dan haji lagi panjang, malah suntikan vaksin COVID-19 tidak memberi kesan apa-apa. Kita perlu bantu kerajaan membasmi pandemik ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menerima dos kedua suntikan vaksin itu di Stadium Indera Mulia Ipoh hari ini.
Berdasarkan statistik, jumlah populasi Perak seramai 2,611,600 dengan penduduk yang berusia lebih 18 tahun seramai 1,951,600 atau 74.7 peratus manakala sasaran populasi yang akan divaksin adalah antara 70 hingga 80 peratus.
Justeru, Saarani berkata kerajaan negeri akan memperhebat promosi pendaftaran vaksinasi ke kawasan tumpuan umum, selain menggunakan khidmat sukarelawan terlatih bagi mendekati mereka yang masih belum mendaftar lagi untuk program tersebut.
“Kita kena hebatkan promosi pendaftaran termasuk mengguna pakai kaedah daftar pemilih pilihan raya, bayar zakat selain melatih sukarelawan untuk menarik pendaftaran di pintu masuk pusat membeli-belah, pasar malam, padang bola dan sebagainya,” katanya.
Sementara itu, Saarani berkata sehingga semalam, seramai 45,734 petugas barisan hadapan di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama program itu.
Jumlah itu, kata beliau, membabitkan seramai 22,120 orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia manakala baki 23,614 pula petugas dari lain-lain agensi dan jabatan.
“Jumlah tersebut menjadikan pelaksanaan fasa pertama program imunisasi di Perak yang dijangka selesai pada 31 Mac ini sudah mencapai kira-kira 97.5 peratus,” katanya.
— BERNAMA
2 comments
Artisioms
21/06/2022 at 5:35 PM
Amoxicillin Chewable Peppermint Tablets Ingredients https://newfasttadalafil.com/ – Cialis cialis 5 mg best price usa Pnfvfv Difference Between Amoxicillin Penicillin https://newfasttadalafil.com/ – best price cialis Arrows indicate outlines of the nuclei in two of the cells. Ynqfbw
Admin SC
28/10/2022 at 10:22 AM
Thank you for your Interest at our website, glad that it’s useful for community.. will visit your link also 🤗🤗🤗