Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

Pemberian vaksin fasa pertama di Melaka dijangka selesai minggu hadapan

23/03/2021by Admin SC0

Pemberian vaksin fasa pertama di Melaka dijangka selesai minggu hadapan

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

MELAKA, 23 Mac — Seramai 10,727 daripada 12,870 petugas barisan hadapan di negeri ini telah menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri Melaka yang bermula sejak 2 Mac lepas.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pemberian vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech fasa pertama menerusi program imunisasi itu di Melaka masih berterusan dan dijangka selesai pada minggu hadapan.

“Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar dan kita harap ia berterusan sehingga kesemua rakyat Melaka divaksin mengikut fasa yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam laman twitter beliau hari ini menyebut daripada 10,727 petugas barisan hadapan di Melaka yang telah menerima suntikan vaksin dos pertama itu 367 daripadanya sudah menerima suntikan dos kedua.

Antara yang telah menerima suntikan vaksin dos kedua hari ini ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Di Melaka, fasa kedua suntikan vaksin dijadualkan pada bulan depan hingga Ogos membabitkan 250,000 orang terdiri daripada kumpulan warga emas berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi serta orang kelainan upaya (OKU).

Fasa ketiga dijadualkan pada September hingga Februari tahun hadapan dengan seramai 400,000 penduduk Melaka yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima vaksin yang membabitkan warganegara dan bukan warganegara.

Mengulas mengenai pendaftaran imunisasi vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera yang mencatatkan 194,203 atau 27.7 peratus setakat Ahad lepas di negeri ini, Rahmad menjelaskan walaupun ada peningkatan, langkah proaktif menggalakkan rakyat mendftar tetap diteruskan.

Sementara itu Sulaiman, dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya berkata selain beliau turut menerima suntikan vaksin dos kedua hari ini ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Datuk Dr Ismail Ali.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada vaccinator (penyuntik vaksin) Siti Noratiqah Mohamad dari Klinik Kesihatan Cheng, kerana telah memberi suntikan vaksinasi COVID-19 dos kedua kepada saya sebentar tadi,” katanya.

— BERNAMA

Admin SC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H]- All Rights Reserved.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H] – All Rights Reserved.