Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

Takut jarum, sikap tunggu dan lihat punca rakyat Perak belum daftar terima vaksin - Southern Crescent Malaysia

22/03/2021by Admin SC2

Takut jarum, sikap tunggu dan lihat punca rakyat Perak belum daftar terima vaksin

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad (kiri) selepas menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech daripada Jururawat Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Che Nor Hayati Hussin di Pusat Pemberian Vaksin, Stadium Indera Mulia hari in
Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad (kiri) selepas menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer BioNTech daripada Jururawat Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta Che Nor Hayati Hussin di Pusat Pemberian Vaksin, Stadium Indera Mulia hari ini.

IPOH, 22 Mac — Takut jarum, sikap tunggu dan lihat selain kurang kesedaran berkaitan kepentingan vaksin dilihat antara punca rakyat negeri ini masih belum mendaftar bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata sehingga kini, individu yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera berjumlah 406,380 orang tetapi dari segi peratusannya sangat rendah iaitu 21.1 peratus daripada jumlah penduduk negeri.

“Andaian kita, masih ramai lagi yang tidak mendaftar kerana ingin tunggu dan lihat. Kedua, kekangan perkhidmatan internet dihadapi masyarakat orang Asli dan perkara ini akan ditangani dan didaftarkan secara manual oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Ada juga yang saya rasa masih takut jarum. Jangan takut kerana jarum (suntikan) pergi umrah dan haji lagi panjang, malah suntikan vaksin COVID-19 tidak memberi kesan apa-apa. Kita perlu bantu kerajaan membasmi pandemik ini secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menerima dos kedua suntikan vaksin itu di Stadium Indera Mulia Ipoh hari ini.

Berdasarkan statistik, jumlah populasi Perak seramai 2,611,600 dengan penduduk yang berusia lebih 18 tahun seramai 1,951,600 atau 74.7 peratus manakala sasaran populasi yang akan divaksin adalah antara 70 hingga 80 peratus.

Justeru, Saarani berkata kerajaan negeri akan memperhebat promosi pendaftaran vaksinasi ke kawasan tumpuan umum, selain menggunakan khidmat sukarelawan terlatih bagi mendekati mereka yang masih belum mendaftar lagi untuk program tersebut.

“Kita kena hebatkan promosi pendaftaran termasuk mengguna pakai kaedah daftar pemilih pilihan raya, bayar zakat selain melatih sukarelawan untuk menarik pendaftaran di pintu masuk pusat membeli-belah, pasar malam, padang bola dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Saarani berkata sehingga semalam, seramai 45,734 petugas barisan hadapan di negeri ini sudah menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama program itu.

Jumlah itu, kata beliau, membabitkan seramai 22,120 orang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia manakala baki 23,614 pula petugas dari lain-lain agensi dan jabatan.

“Jumlah tersebut menjadikan pelaksanaan fasa pertama program imunisasi di Perak yang dijangka selesai pada 31 Mac ini sudah mencapai kira-kira 97.5 peratus,” katanya.

— BERNAMA

Admin SC

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H]- All Rights Reserved.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H] – All Rights Reserved.