Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

Pendaftaran vaksin COVID-19: Negeri Pantai Timur paling rendah di Semenanjung

16/03/2021by Admin SC0

Pendaftaran vaksin COVID-19: Negeri Pantai Timur paling rendah di SemenanjungGambar Hiasan

 

KUALA NERUS, 15 Mac — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati negeri-negeri di Pantai Timur mencatatkan peratusan pendaftaran bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang terendah di Semenanjung Malaysia.

Timbalan Menterinya Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata berdasarkan rekod sehingga semalam, Kelantan mencatatkan jumlah pendaftaran terendah iaitu hanya 11.8 peratus penduduk negeri itu mendaftarkan diri bagi PICK melalui aplikasi MySejahtera.

“Terengganu dan Pahang pula masing-masing hanya sebanyak 16.3 peratus dan 17.1 peratus penduduk yang mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19.

“Jadi saya agak khuatir kerana pendaftaran (vaksin) ini agak rendah di Pantai Timur berbanding di wilayah seperti Putrajaya yang mencatatkan jumlah pendaftaran 70 peratus,” katanya kepada Bernama selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi 2021 (PIITRAM 2021) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini hari ini.

Katanya sehingga semalam, seramai 5.53 juta atau 22.8 peratus rakyat Malaysia telah mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Sehubungan itu, Ahmad Amzad meminta agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri terutama di Pantai Timur menggerakkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam membantu penduduk mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin.

Sementara itu PIITRAM 2021 yang diadakan pada 7 hingga 9 Mac dan 15 Mac itu telah menerima 186 penyertaan dari seluruh asasi dan matrikulasi Malaysia melibatkan tiga kategori iaitu Kategori Pelajar, Ahli Akademik dan Pentadbir.

Pertandingan yang diadakan bagi melatih dan menggalakkan para peserta menghasilkan sesuatu yang inovasi itu merupakan acara tahunan anjuran Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam dan Matrikulasi.

Pada tahun ini buat julung kali ia diadakan secara maya ekoran penularan pandemik COVID-19 dan UMT serta Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah dipilih sebagai tuan rumah.

— BERNAMA

Admin SC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H]- All Rights Reserved.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H] – All Rights Reserved.