Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

Agong lawat Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur

17/03/2021by Admin SC0

Agong lawat Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur

Yang di-Pertun Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat ke Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Yang di-Pertun Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat ke Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melawat Pusat Vaksinasi Klinik Kesihatan Kuala Lumpur (KKKL), di sini.

Baginda meluangkan masa kira-kira sejam untuk meninjau aktiviti berkaitan dengan vaksinasi COVID-19 terutamanya di KKKL sebagai Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Keberangkatan baginda di KKKL disambut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Datuk Dr Param Jeeth Singh.

Sebaik tiba Al-Sultan Abdullah diberikan taklimat tentang operasi klinik kesihatan itu oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga merangkap Ketua Klinik KKKL Dr. Baizury Bashah.

Seri Paduka Baginda seterusnya meninjau bilik penyimpanan vaksin yang menempatkan peti sejuk suhu ‘ultra rendah’ (ULTF) sebelum melawat enam stesen berkaitan pemberian vaksin, bermula dengan stesen saringan gejala, kaunter pendaftaran, stesen kaunseling dan stesen persetujuan penerimaan vaksin.

Di stesen vaksinasi, Al-Sultan Abdullah berkenan memerhati petugas kesihatan memberi suntikan vaksin kepada dua petugas barisan hadapan iaitu Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Muhammad Asyaraf Zulkifli dan Mohd Hafiz Sayuti.

Sejak 25 Feb hingga hari ini, seramai 2,490 petugas barisan hadapan di KKKL telah diberi suntikan vaksin iaitu 99.7 peratus daripada sasaran yang telah dipertanggungjawabkan kepada pasukan klinik kesihatan itu, manakala baki enam lagi penerima, dijadualkan akan mendapatkan vaksin itu esok.

Untuk suntikan dos kedua vaksinasi pula dijadual akan bermula pada 18 Mac ini.

Sebelum berangkat untuk melawat Pusat Vaksinasi Kem Sungai Besi selepas itu, Al-Sultan Abdullah sempat meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan itu.

Sementara itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan melawat PPV Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Perdana Sungai Besi di sini dan meluangkan masa lebih sejam di PPV berkenaan.

Ketibaan baginda, yang juga Pemerintah Tertinggi ATM, disambut oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat oleh Pengarah Bersama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Ab Rahman yang juga Timbalan Panglima Tentera Darat dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM Leftenan Jeneral Datuk Dr Mohd Amin Muslan.

Al-Sultan Abdullah dimaklumkan setakat semalam, seramai 17,224 warga ATM telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.

Baginda yang diringi Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berkenan memerhati proses vaksinasi kepada 124 warga ATM yang menerima suntikan hari ini.

Program Vaksinasi COVID-19 Peringkat ATM fasa pertama terbahagi kepada Fasa 1A dan 1B, telah bermula pada 24 Feb lalu.

Fasa 1A yang berakhir pada 7 Mac menyasarkan semua petugas kesihatan dan Kumpulan Strategik ATM manakala Fasa 1B yang bermula 8 Mac sehingga 30 April pula menyasarkan kesemua warga ATM serta pasukan keselamatan dan penguatkuasaan lain di bawah pengoperasian National Task Force (NTF).

Fasa 1B itu dilaksanakan serentak di fasiliti-fasiliti Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) ATM di seluruh negara.

ATM telah menerima sebanyak 40,950 dos daripada 84,240 dos vaksin bagi 42,120 anggota untuk fasa pertama yang disimpan di lima PSV ATM.

— BERNAMA

Admin SC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H]- All Rights Reserved.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H] – All Rights Reserved.