Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

KAEDAH PEMILIHAN KERUSI RODA YANG TEPAT - Southern Crescent Malaysia

17/02/2021by Admin SC0

KAEDAH PEMILIHAN KERUSI RODA YANG TEPAT

Kerusi roda boleh membantu pergerakan warga tua yang tidak mampu berjalan, obesiti, orang kelainan upaya dan seangkatannya. Kerusi roda yang mempunyai ciri-ciri khas ini dapat memudahkan pengguna melakukan aktiviti harian dengan bebas seperti bersekolah, bekerja, bersukan dan pelbagai aktiviti harian yang lain. Kerusi ini boleh meningkat keyakinan pengguna  dengan menikmati kehidupan yang sama seperti manusia normal.

Sebelum pengguna membuat pilihan untuk membeli kerusi roda, ada pelbagai kaedah pemilihan kerusi roda mengikut kriteria atau kehendak pengguna. Sebelum pergi lebih jauh, kami akan menerangkan 5 jenis kerusi roda.

STEEL MANUAL WIDENED WHEELCHAIR 2
STEEL MANUAL WIDENED (SLY-116)
  1. Kerusi roda umum (Standard Wheelchair)
  2. Kerusi roda Aluminium
  3. Kerusi roda Aluminium Ringan (Light Weight Aluminium Wheelchair)
  4. Kerusi roda boleh laras (Recliner Wheelchair)
  5. Kerusi roda tandas (Commode Wheelchair)

Sekarang, kami senaraikan kaedah pemilihan kerusi roda yang tepat.

  1. Tempat sandar untuk tangan (Arm Rest)

Bagi kerusi roda umum, tempat rehat lengan adalah tetap bermaksud tidak boleh dicabut. Bagi kerusi roda jenis lain, ianya boleh dinaikkan ke atas, diterbalikkan 180° dan dicabutkan.

Arm rest
Arm rest
  1. Tempat Rehat kaki (Foot rest)

Sama seperti Kerusi roda umum, tempat rehat kaki kebanyakannya adalah tetap. Bagi kerusi roda yang lain jenis, ianya boleh diangkat sehingga 90°, dicabut dan boleh dilaras ketinggiannya.

Terdapat beberapa jenis tempat rehat kaki.

  1. Plastik

Ini yang biasa kita lihat di kerusi roda umum. Kelebihannya adalah ringan tetapi kekurangannya adalah mudah patah.

Tempat rehat kaki
Tempat rehat kaki

2. Logam

Sekarang, ianya sudah jarang digunakan.. Banyak kekurangan antaranya ianya keras dan tajam. Namun, untuk kegunaan sekarang, sudah diubah kepada tumpul dihujung tempat rehat kaki.

  1. Tayar

Jenis tayar Kelebihan
Tayar mati ●        Tidak perlu dipam

●        Lebih tahan lama

Tayar hidup ●        Lebih tebal

●        Bunga/ Tidak berbunga

 

  1. Rim/Roda

Jenis Rim/Roda:

  1. Roda Spoke (Spoke wheel/rim) – ini kebiasaan yang ada dipasaran
  2. Roda Mag atau lebih dikenali sebagai Sport Rim
  3. Roda Perlepasan Pantas (Quick Release Wheel) bermaksud boleh ditanggal dengan serta merta.
  1. Brek

Brek berada di dua tempat. Pertama, di bahagian ‘Attendance’ bermaksud brek tangan berada di bahagian tempat tolak kerusi roda, selalunya di bahagian ‘handle’. Kedua, brek tangan berhampiran roda.

  1. Tempat Rehat Kepala (Head Rest)

Tempat rehat kepala kebanyakannya berada di ‘Recliner Wheelchair’ tetapi tempat rehat kepala boleh diubah suai pada kerusi roda jenis lain mengikut kemahuan pengguna.

  1. Lapik Kerusi (Cover Seat)

Jenis Lapik Kerusi Kelebihan Kekurangan
Canvas ●        Panas – kebiasaan until kegunaan hospital

●        Kalis air

●        Tiada
Kain tebal ●        Tidak panas ●        Tidak kalis air

●        Tidak boleh dibawa mandi bersama pengguna

Seat Mesh ●        Jenis berlubang – Sejuk dan berangin apabila duduk diatasnya

●        Lebih tebal

●        Selesa

●        Tidak boleh dibawa mandi bersama pengguna
Seat Mesh
Seat Mesh
  1. Tayar depan kecil

Tayar depan kecil kerusi roda adalah jenis castor. Ia mempunyai pelbagai saiz (8 inci, 12 inci ) dan saiz ini bergantung pada ketebalan tayar kerana apabila semakin tebal tayar, semakin tahan lama dan stabil. Ia juga bergantung pada kerusi roda jenis kegunaan harian dan boleh diubah suai pada kerusi roda jenis yang lain.

  1. Saiz tempat duduk

Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun yang berbadan normal, saiznya adalah 12-14 inci. Bagi orang dewasa atas 12 tahun pula adalah 16 inci, 18 inci, 20 inci, 22 inci, 24 inci dan 28 inci mengikut berat badan dan ianya juga tahan lasak. 20 hingga 28 inci kebiasaannya untuk pengguna yang berat di atas 130KG.

  1. Palang Silang

Terdapat kerusi roda yang mempunyai 1 palang dan 2 palang. Sekiranya mencari kerusi roda yang tahan lasak, palang silang haruslah tebal kerana kekuatan palang silang bergantung pada ketebalannya. Jika palang silangnya tidak tebal dan penggunanya adalah orang yang berbadan berat, palang silang itu akan cepat bengkok.

  1. Aksesori

    ii. Kusyen

  • Terdapat kerusi roda yang didatangkan dengan kusyen.
  • Terdapat sesetengah kerusi roda yang perlu dibeli dan diubah suai

Jenis kusyen

  • Form yang berbentuk petak
  • Udara Pneumatik: boleh dipam dan berjenis PVC

ii. Tali pingang keselamatan : boleh di ubah suai mengikut permintaan

Jenis tali pingang keselamatan

  • Umum bagi pesakit strok dan mudah terjatuh.
  • Butterfly Harness untuk melindungi badan bahagian dada pesakit dan bergantung pada pilihan pesakit.

Sekarang kami sedang mengadakan Jualan Gudang Virtual Darurat di Facebook page Southern Crescent. FACEBOOK LIVE VIRTUAL DARURAT SALE 2021 merupakan sebuah majlis jualan gudang secara ‘virtual’ anjuran Southern Crescent Sdn Bhd. Melalui program ini, terdapat pelbagai produk medikal dan juga rehabilitasi dijual pada harga diskaun sehingga 90% sepanjang majlis berlangsung daripada 1 Februari sehingga 28 Februari 2021. Program ini bekerjasama dengan MyHealthcare Shoppe, Kawan Hantar, Poliklinik Dr Kiran Seremban 2, Seremban Occupational Therapy Services dan Karma Wheelchair.

Anda berpeluang memenangi cabutan bertuah Kerusi Roda Bermotor dengan cara menyertai live kami setiap hari dari 8 – 28 Februari 2021 dan kongsikan live itu kepada rakan-rakan anda. Anda juga  boleh dapatkannya di kedai rakan penaja kami, MyHealthCare Shoppe bertempat di No.4 Jalan Toman 2, Kemayan Square, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Dibuka jam 9:30 pagi sehingga 6:30 petang dari hari Isnin sehingga Jumaat dan 9.30 pagi hingga 1.30 petang pada hari Sabtu. Boleh hubungi kami di talian 019 919 9334 untuk maklumat lanjut.

Admin SC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H]- All Rights Reserved.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H] – All Rights Reserved.

X