Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

Hospital swasta sedia bantu orang awam daftar vaksin COVID-19

06/04/2021by Admin SC0

Hospital swasta sedia bantu orang awam daftar vaksin COVID-19

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR, 6 April — Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) berharap dapat bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung pendaftaran pesakit awam dan swasta di hospital swasta bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Presiden APHM Dr Kuljit Singh berkata ia kini sedang berhubung dengan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), untuk mendapatkan butiran lanjut dan dicadangkan dimulakan dengan segera.

“Kami berharap dapat meningkatkan pilihan untuk pesakit awam dan swasta mendaftar secara manual dengan bantuan kakitangan kami di hospital swasta dan dimasukkan ke dalam sistem.

“Ini adalah untuk vaksin percuma yang disediakan kerajaan. Hospital swasta kini dalam perbincangan untuk mengesahkan komitmen kami untuk memberi vaksin kepada orang ramai menggunakan vaksin yang disediakan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ia susulan selepas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata KKM akan mengenal pasti punca majoriti rakyat Malaysia masih belum mendaftar untuk vaksin COVID-19.

Dilaporkan juga KKM menyasarkan 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia mendaftar untuk program imunisasi itu, namun setakat ini hanya 7.6 juta daripada 26.7 juta telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Dr Kuljit berkata terdapat kira-kira 210 hospital swasta di negara ini dengan 152 ahli APHM yang semuanya berada di kedudukan strategik di seluruh negara termasuk bandar utama di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata terdapat 1.1 juta kemasukan di hospital swasta dan 3.8 juta lawatan pemeriksaan pesakit luar pada 2018.

“Kami percaya dengan jumlah ini, usaha kami untuk mendapatkan lebih ramai rakyat dan penduduk lain di negara ini yang berdaftar untuk vaksin akan meningkatkan program vaksinasi,” katanya.

Menurut kenyataan itu, APHM juga diharap dapat membantu pesakit di hospital swasta dengan program vaksinasi dan hospital swasta juga dapat memulakan program vaksinasi swasta selari dengan petugas barisan hadapan ekonomi sebaik sahaja ketersediaan vaksin tercapai.

— BERNAMA

Admin SC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2021 Southern Crescent Sdn Bhd – All Rights Reserved.

Copyright 2021 Southern Crescent Sdn Bhd – All Rights Reserved.