COVID-19: Dalam tempoh 40 hari hampir sejuta penduduk Korea Selatan sudah divaksinCOVID-19: Dalam tempoh 40 hari hampir sejuta penduduk Korea Selatan sudah divaksin

06/04/2021by Admin SC0

COVID-19: Dalam tempoh 40 hari hampir sejuta penduduk Korea Selatan sudah divaksin

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

SEOUL, 6 April — Hampir sejuta penduduk Korea Selatan sudah menerima suntikan vaksin COVID-19 dalam masa 40 hari sejak kempen vaksinasi mula dilancarkan, kata pihak berkuasa kesihatan pada Selasa.

Setakat ini seramai 999,870 orang menerima dos pertama manakala 27,691 lagi telah disuntik kedua-dua dos, lapor Agensi Berita Yonhap memetik Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).

Kempen vaksinasi bermula pada 26 Februari, dengan keutamaan kepada petugas kesihatan dan kakitangan barisan hadapan serta pesakit berusia di bawah 65 tahun.

Korea Selatan menggunakan vaksin yang dihasilkan syarikat gergasi farmasi Britain-Sweden AstraZeneca dan Universiti Oxford serta vaksin Pfizer Inc. keluaran farmasi Amerika Syarikat.

Mengenai isu penghantaran vaksin AstraZeneca yang hangat diperkatakan kebelakangan ini, menurut KDCA sehingga akhir Jun, sejumlah 18.08 juta dos vaksin dijadual dihantar ke Korea Selatan dan setakat Mac kira-kira 2.69 juta dos vaksin sudah diterima.

— BERNAMA

Admin SC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2021 Southern Crescent Sdn Bhd – All Rights Reserved.

Copyright 2021 Southern Crescent Sdn Bhd – All Rights Reserved.