Monday - Friday8.30 AM - 5.30 PM
OfficesNo. 350(A) Jalan S2 B8, Uptown Avenue Business Park, 70300 Seremban 2, Negeri Sembilan
Visit our social pages

Perdana Menteri puas hati Program Vaksinasi Covid-19 Sarawak - Uggah - Southern Crescent Malaysia

02/04/2021by Admin SC0

Perdana Menteri puas hati Program Vaksinasi Covid-19 Sarawak – Uggah

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melihat para jururawat memberi suntikan vaksin kepada orang ramai ketika melawat Pusat Vaksinasi COVID-19 di Stadium Perpaduan hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kanan). -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melihat para jururawat memberi suntikan vaksin kepada orang ramai ketika melawat Pusat Vaksinasi COVID-19 di Stadium Perpaduan hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kanan). — fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUCHING, 1 April — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menguruskan Program Vaksinasi COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Perdana Menteri sangat gembira melihat kemudahan vaksinasi kami dan bilangan vaksin yang dilakukan serta kelancaran program vaksinasi kami,” kata Uggah yang juga Pengerusi JPBN.

Beliau berkata semasa perbincangan jawatankuasa itu dengan Muhyiddin, yang dalam rangka kerja dua hari ke Sarawak, JPBN telah menunjukkan kepada perdana menteri kesediaannya untuk menjalankan program vaksinasi di seluruh negeri.

Menurut beliau, lebih 1.2 juta rakyat Sarawak atau 66.7 peratus daripada keseluruhan 2.8 juta penduduk negeri itu sudah mendaftar untuk suntikan vaksin tersebut.

“Kami merayu kepada beliau (perdana menteri) supaya Kuala Lumpur mempercepatkan bekalan vaksin ke Sarawak kerana rakyat Sarawak bersedia untuk menerima vaksin,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Muhyiddin melawat pusat vaksinasi itu di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini hari ini.

Turut mengiringi perdana menteri dalam lawatan itu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing.

“Kami juga telah menyampaikan kepada beliau (Muhyiddin) bahawa kami memerlukan bekalan vaksin dan berharap Kuala Lumpur (kerajaan Persekutuan) akan mempertimbang untuk mempercepatkan proses vaksinasi di zon merah Sarawak. Beliau bersetuju tetapi ia bergantung kepada bekalan vaksin dari luar negara,” kata Uggah.

Beliau berkata kerajaan Sarawak juga menjalankan inisiatif sendiri untuk membeli vaksin itu bagi mencukupkan bekalan dari Putrajaya dengan Dr Sim dan pasukannya kini meneruskan inisiatif itu dan telah berhubung dengan kontak mereka.

Beliau juga berkata kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf peranan yang dimainkan media sebagai petugas barisan hadapan dan kini berusaha untuk membolehkan petugas media diberi suntikan vaksin COVID-19 sama seperti petugas barisan hadapan yang lain.

— BERNAMA

Admin SC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Extra Social NewsNews
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.
https://www.southerncrescent.com.my/wp-content/uploads/2021/09/00wasap-button.png
Find UsHeadquarters
Southern Crescent Sdn Bhd (1173996-H)
Get in touchOur Social links
Visit and view latest information on our social media.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H]- All Rights Reserved.

Copyright 2022 Southern Crescent Sdn Bhd [1173996-H] – All Rights Reserved.

X